Undang-undang terkini Saudi menguatkuasakan setiap restoran atau kedai mestilah menggunakan nama arab dan ditulis dalam bahasa arab demi menjaga kedaulatan bahasa arab. Kita? kalau tulis semua jawi, mau nak terkehel leher kita membaca tulisan tersebut. Jawi sudah tiada dalam budaya bangsa kita. Tak apa, yang lebih penting, anda dapat membaca tulisan arab, itu dah dikira baik.
Review oleh PM Crew kali ini adalah di Restoran AlAziziyah AlJanubiyyah. Bertempat di Aziziah Janubiyyah, Makkah. Berdekatan dengan Perpustakaan besar AlHaramain, berdekatan dengan Hospital Alawi Tunisi dan berdekatan dengan hostel pelajar Umm alQura University. Antara laluan yang menghubungkan bandar Makkah dan Muzdalifah serta Arafah. Kira-kira 7km dari MasjidilHaram. Menaiki teksi sekitar 8 minit masa perjalanan. Jika menaiki basikal paling kurang 45 minit masa yang diambil jika kita menggunakan speed 2. Jika menggunakan speed 7, mungkin perlahan dan menyebabkan anda akan kehilangan lebih lemak dibawah dagu sebab tercungap-cungap. Selamat berbasikal.
Saya mengenali restoran ini kira-kira 7 tahun yang lepas. Ketika mana saya masih lagi budak-budak mentah dan tak berapa reti nak cakap arab. Saya hanya mengikuti abang-abang yang membawa saya datang ke mari. Jika tak silap saya, brader-brader pekerja Nokia dan profesional Jeddah yang membawa saya datang makan ke sini. Mereka sangat cekap kerana tinggal di sekitar Aziziyyah dan menjumpai kedai yang mirip seperti makanan kita. Terima kasih saya ucapkan.
Antara tarikan utama di sini ialah Es Teh Manis atau Es Jeruk. Es teh manis tu, teh o ais lah. Es jeruk tu pulak air nak semacam air lemon, air limau dan sebagainya. Tapi bukan jeruk mempelam ah. Takde langsung kena-mengena dengan mempelam. Kedai ini dahulunya bernama Surabaya Restaurant. Tapi akibat dari undang-undang baru seperti yang saya nyatakan di atas, maka mereka telah merubah nama tersebut. Jika difikirkan kembali, agak lucu juga memberi nama makan berdasarkan tempat terletaknya restoran tersebut. Jika saya tinggal di Gong Badak Kuala Terengganu, setakat saya hidup, tak ada lagi nama restoran seperti berikut :
Restoran Gong Badak
Restoran Kuala Terengganu
Tak berapa komersial kan? Nanti jika saya balik, mungkin saya akan usahakan untuk membuat restoran Kuala Terengganu. Kah kah kah! Tapi nak jual apa yer? jual burger saja cukuplah.
Ini antara makanan yang saya tak pernah order sepanjang saya tinggal di sini. Sebijik macam maggi. Baik makan meggi dekat rumah. Ada jugak perisa kari. Ini sah-sah meggi Indo Mee antara maggi yang paling femes di seantero Saudi. Tapi mereka menamakannya sebagai mee sup. Mee sup?
Satay di Restoran Surabaya ini boleh tahan jugak sedapnya. Mereka tak buat satay macam orang kita buat. Mereka menggunakan kicap sekaligus menyebabkan satay tersebut berasa manis dan likat. Harga agak mahal iaitu sekitar SR8 approx. RM6.44... untuk 5 cucuk satay. Tapi apakan daya, nak merasa satay jugak, bolehlah..
Dah nama satay, mesti didatangkan dengan kuah satay yang amat manis. Berbeza juga dengan tempat kita di mana kuah satay kita kebanyakannya sangat berminyak dan agak pedas. Saya pun tak tahu, mungkin orang Indonesia suka makanan yang manis-manis kot?
Nasi putih memang rasanya macam isteri atau emak saya masak di rumah. Tak jauh beza. Saya mengesyaki mereka menggunakan beras AAA dari Thailand atau beras cap junjung. Kah kah kah. Mana ada beras cap junjung. Ia berharga sr2 untuk sepinggan nasi ini. RM 1.61.
Ini adalah ayam goreng yang didatangkan bersama sayur-sayuran cincang halus-halus dan tomato dan timun. Sepanjang saya datang makan di sini, ada baru 2 kali saya makan timunnya. Itu pun disebabkan pedas sangat belasah sambal belacan dan air tak sampai lagi. Saya kurang makan timun dan tak berapa suka. Ayam goreng dia sangat sedap dan lebih sedap dari gorengan Felda D'saji di Safwah Tower. Nanti kelapangan, kita shoot di Felda D'saji pula yer! Sabar.
Setiap kali kita order ayam goreng, kita akan mendapat sambal. Dahulunya mereka menghidangkan kami dengan sambal belacan yang dipanggil sambal terasi. Namun kini, agak sukar untuk mendapatkan sambal terasi yang sedap itu. Saya memikirkan bahawa mereka telah kepupusan belacan menyebabkan pengusaha sambal tidak meletakkan belacan dalam sos cili mereka. Sos ini juga boleh tahan pedasnya. Jangan pandai-pandai hirup ah. Sakit buasir nanti. Di sebelah sambal belacan adalah sup. Setiap pelanggan yang datang mengorder nasi putih, akan dihidangkan dengan sup air seperti yang tertera dalam gambar. Bolehlah buat2 kuah sambil hirup. Limau tu, kebiasaannya kami akan perah di dalam air es teh manis nanti. Antara masakan lain yang ada di sini ialah nasi goreng, mee goreng, mee sup, nasi campur dan lain-lain. Arab kebanyakan datang hanya memesan nasi campur. Nasi campur juga agak femes di mana-mana kedai Indonesia. Arab pasti akan meminta nasi campur, dendeng, kerempok (bacaan arab untuk menyebut keropok udang) dan juga satay. Itu sahaja. Order benda lain, depa ni tak berapa reti.
Air teh yang menawan kalbu. Setakat ini, saya merasakan Felda D'saji masih lagi tidak mampu untuk membuat air teh o ais sebegini sedap. Cuba lagi felda, kami menyokongmu.
Servis di Surabaya juga amat bagus dan layanannya boleh tahan cepat. Terbahagi kepada 2 section. Namun, dua-dua adalah digunakan oleh pihak lelaki. Restoran ini tidak menyediakan family section seperti kebanyakan restoran. Apa yang menarik lagi di restoran ini juga ialah tempat kami datang untuk menonton bola secara live di tv kecil mereka yang terletak di atas peti. Tenis pun kadang-kadang kami datang menonton di sini jika kebetulan si Adam (akauntan kedai) memasangnya. Tapi time Malaysia vs Indonesia di Piala Suzuki tempohari, kami tak berani nak datang. Tak berapa kental kata orang.
Follow @USERNAME
































































