Thursday, August 18, 2011

Majlis Iftar Tabung Haji Jeddah dan Aqiqah Basmah

the iftar was held in Wisma Tabung Haji Jeddah.

Flower

majlis selawat

Majlis selawat

Before the Iftar



Mdm Aniza Khalid. Spouse of HE.

New Consul General of Malaysia, HE Mohd Khalid Abd Razak

Me with the new thobe

Mido and Naim

my everything. from left, waseem, naseem n basmah.

watchaaa!!

Anak saya yang kali ni, lain macam sikit dia punya cara. Entah apa kena ntah, mendapat sokongan daripada Konsul Haji untuk mengadakan majlis aqiqah di Wisma Tabung Haji Jeddah. Juga kesudian HE Mohd Khalid Abd Razak sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah yang baru untuk hadir di majlis ini serta anggota. Apa saya baca masa sebelum lahir dia dulu pun saya dah lupa. Kot2 nak baca bagi yang nombor 4 pulak. :)

Apapun, terima kasih bagi mereka yang membantu menjayakan majlis ini. Bagi yang sponsor baju, sponsor tali pinggang, sponsor kereta, sponsor karpet, sponsor talibarut, sponsor kasut dan lain-lain lagi, jutaan terima kasih diucapkan!

saya kini, jarang updet, hanya baca cerita-cerita dalam belog sendiri pada entri-entri yang lepas. Tak percaya pun ada yang saya sendiri menulis semua itu. Kini, saya agak mampu tersenyum dan mengingatkan kesemua kesulitan yang dilalui sebelum sampai ke tingkatan ini. Alhamdulillah.. Perancangan dari Allah yang sebaik-baik rancangan. 

Tuesday, August 16, 2011

sibuk. sibuk. sibuk

haha. mesti menyesal bukak page nih. selamat berpuasa!

Saturday, August 6, 2011

selamat berpuasa warga Singapore!

Hmm.. Lama juga tidak menulis. Baru saya tahu apa itu erti 'sibuk'. Oh! Selama ini pun asyik sibuk dengan facebook sahaja. Haih. Belog sudah lama ditinggalkan. Kesian pembaca belog. Ia ibarat kita nak beli barang rumah di hujung bulan. Kita akan ke Hypermarket, kita akan ke Supermarket besar-besar, kita akan ke pasar ikan, pasar sayur, pasar borong dan lain-lain untuk memenuhkan stok makanan dan keperluan di rumah kita. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini. Hari-hari lain, setakat keperluan 2,3 benda, kita singgah di kedai runcit jer. Begitu juga ibarat facebook dan belog. Untuk keperluan berat, beloglah tempatnya. Untuk perkara ringan-ringan dan ringkas serta terkini, facebooklah tempatnya. Percaya atau tidak, itu realiti! 

Selamat menyambut bulan ramadhan bagi semua umat Islam tak kira di mana anda berada. Semoga dengan kedatangan bulan ini, akan memeriahkan lagi amalan ibadat kita yang sebelum ni masih di takuk lama. Begitu juga dengan diri saya. 

Alhamdulillah, saya mendapat khabar yang belog ini juga dibaca oleh warga kecil dari Singapura ya? Wah! apa khabar orang singapura?? harap baik-baik dan sehat ya. Abang tak reti sangat 'slang' singapore nih. Akan tetapi, sejak dibawa berkawan dengan si dayat (PM crew presenter), ada lah beberapa istilah singapore yang boleh diadaptasi dalam kehidupan harian kami untuk komunikasi seperti 'sembarang', 'gerek', 'anu', dan lain-lain. hahahahaha!

Pesan abang kepada adik-adik, belajar sungguh-sungguh dik. Masa kita belajar nih, kita tak nampak lagi apa kepentingan ilmu yang kita pelajari. Akan tetapi, time kita bekerja, kita baru sedar yang kita amat memerlukan kesemua ilmu-ilmu yang kita telah pelajari di samping mempelajari ilmu baru dalam pekerjaan. So, jangan menyesal di kemudian hari ye. Tak kira ilmu akademik, ilmu agama, ilmu hisab, membaca jambatan ilmu dan lain-lain, kesemua itu ada kepentingan yang pasti kita akan gunakan suatu hari nanti!

Abang bukan sembang kosong, tapi itu dari pengalaman abang sendiri sebagai seorang bekas pelajar. Letih dik untuk mengharungi kehidupan ni. Ia tak sesenang yang kita sangkakan. Banyak ilmu yang telah kita pelajari pada zaman lepas terpaksa kita adaptasikan dalam kehidupan seharian. Tips paling berguna abg nak bagi pada adik-adik ialah banyakkan senyum dan belajar memberi 'penghargaan' kepada setiap orang yang kita kenal tanpa mengira pangkat. Dia tukang cuci ker, dia bos besar ke, dia adik kita ke, berikan sedikit penghargaan dan dengan penghargaan ikhlas yang kita berikan itulah yang akan membawa kita ke hadapan dan ke tempat yang lebih tinggi. Tak guna sombong dengan orang dan bermegah dengan apa yang kita ada. Tak kemana dan tak membawa kita ke tempat yang lebih jauh. Oke? adik-adik boleh paham ke apa abg sembang nih? kalau boleh paham, mintak coklat 'patchi' dengan ustazah yer.. hhahahaha..

Di sini, abang ceritakan secara ringkas apa perkara yang abg buat semenjak dua menjak yang jadi sangat sibuk ni yer.

musolla safwah royal orchid.

Gambar ni abang petik time solat jumaat minggu lepas di Musolla Safwah Royale Orchid Hotel, Makkah. Usai solat, ramai yang seronok nak tengok gambar jalan dari atas. Macam-macam orang kita boleh tengok.

sekarang dah ada line kuning buat tanda nak smayang atas jalan. ada brani ka nak smayang atas tuh time2 tengahari sejadah tak bawak?

Panorama ni lah yang diorang duk tengok. Yerlah, nak tengok dari rumah mana ada pemandangan macam nih. So, diaorang gunakan time ini utk menikmati pemandangan yang susah untuk dihasilkan di rumah. Jika adik perhatikan van-van itu, ketahuilah bahawa van-van itu adalah untuk membawa mayat ke rumah dia. Line kuning atas jalan tu pulak adalah bertujuan sebagai panduan saf untuk solat. Ajaib kan? mana ada negara lain yang conteng jalan dia dengan tanda kuning macam di makkah nih. 


Ini pulak gambar dari tingkat 2 felda dsaji. Sebelum puasa lagi nih. Sini pun cantik jika abg boleh menghasilkan silhouette. Tapi abg tersilap setting, maka gambar dia tak jadi silhouette. Takpelah. Asal boleh nampak gambar sudahlah.


Lihat adik-adik! Ini gambar kawan adik! Dia datang nak membeli makanan. Bagus dia, kecil-kecil dah berani nak membeli makanan tanpa perlu ayah, mak, abang, nenek, makcik, pakcik rusli, ayah pin teman dia. Adik-adik macam mana? ada berani pergi bank isi borang sendiri?


Ini pula gambar family-family datang makan-makan di felda dsaji food court. Banyak juga abang dah cerita pasal felda di entri-entri di bawah nih kan? adik-adik rajin, baca ah. Tengok dalam gambar nih, macam mana sikap penyayang seorang abang terhadap adik pompuan dia. Dia boleh bercerita kepada adiknya tentang apa itu iso, aperture, high speed photography, focal length, sony alpha dan lain-lain. Adik-adik dengan keluarga sendiri macam mana? pernah bersembang dengan mak ayah mengenai status facebook semasa adik-adik? tak pernah? bawak-bawaklah berbincang. Jika ada berkenan kepada sesiapa pun, laporkan kepada mak dan ayah. Biar mak dan ayah kenal kawan-kawan kita. Itu juga satu tips kehidupan abg nak ajarkan pada adik-adik. Dengan berbuat demikian, emak dan ayah akan tidak mencurigai segala tingkah laku kita. Namun, peliharalah kepercayaan yang diberikan oleh emak dan ayah adik-adik supaya tidak disalahgunakan. oke? 


Seterusnya adalah gambar hari pertama kami berbuka puasa di makkah. Kami berbuka puasa di rumah tetah niza. Dulu abang ada cerita entri mengenai siapa dia tetah niza ini. Macam-macam jugak dia punya kuih sampai nak pengsan abg makan. Yang kuning-kuning tu dipanggil 'shurbah'. Arab kat sini, kalau takdak shurbah, sambosa dan kurma, macam tak lengkap ah berbuka puasa. Juga tak dilupakan adalah air sobia kalau adik-adik boleh nampak air warna merah dan putih dalam jug tuh. Abang sampai sekarang ni tak berapa boleh minum lagi air macam gitu. Apa jenis air ntah! Tak berwawasan langsung!


Oke, part seterusnya adalah kisah kelahiran baby baru abang yang diberi nama Basmah. Apa maksud basmah ni adik-adik? basmah adalah bermaksud senyuman. Nanti kita tengok senyuman si basmah ni menawan ke tidak ye adik-adik. tapi paling abang boleh konpem, dia punya 'nganga' memang sangat nyaring.. woo. takleh tidor malam woo..





Gambar ini adalah antara gambar-gambar semalam yang diambil ketika kami bosan menunggu kenderaan taxi untuk pulang ke rumah di Makkah. Kami ada shooting dengan felda d'saji makkah semalam. Pulang dari terawih, terus jem macam hapa dan kami pun terpaksa membayar harga yang tinggi untuk pulang ke rumah. Pesan abang kepada adik ialah 'time-management' kena pandai. ok! 



Ni abang hidayat. Dia pelik sikit. Tapi dia baik. Juga mempunyai bakat besar sebagai pengacara tv. Jangan terkejut jika suatu hari nanti di Singapore, kalau adik-adik pergi Masjid Abdul Gaffoor ke, Masjid Malabar ker, Masjid Sultan ke, Masjid Omar Kampong Melaka ker, Masjid Jamae ker, Masjid Hajjah Fatimah ker, atau kalau terpergi ke masjid baru kat singapore yang moden tuh apa nama dia? assyafaah? assyifa'? tiba-tiba adik-adik ternampak abg hidayat lead terawih. Jangan terkejut yer. Buat-buat cool dan minta jer autograph dia. kah kah kah! Insya allah akan balik tak lama lagi untuk berkhidmat kepada masyarakat Singapore.



Ni muka abg hidayat yang tensen semalam sebab tak ada taxi nak pulang ke rumah. Sekarang nih, harga taxi dah melambung tinggi sebab musim ramadhan. Jalan kaki lagi baik!

cerita yang kot2 anda teringin nak baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...