![]() |
| Jamarat, Makkah. |
![]() |
| cucu kedua emak. Miss Naseem Mohd Lotfi. |
![]() |
| Journey to Medina |
![]() |
| Journey to Medina |
![]() |
| Journey to Medina |
![]() |
| Tuan Konsul Jeneral bersama pelajar Madinah. |
![]() |
| Universiti Islam Madinah, Madinah. |
![]() |
| Orang besar pun main jugak. |
![]() |
| serius. Madinah sejuk! |


![]() |
| klik kanan, save image as. |
![]() |
| H.E Haji Khalid Abd Razak, Konsul Jeneral Malaysia Jeddah. |
![]() |
| Aizat Omar - Pelajar Madinah. |
![]() |
| Perjalanan pulang ke Jeddah pada waktu senja. |
![]() |
| The Consulate General Of Malaysia, Jeddah. |
![]() |
| "Duppati" - teh susu sedap, - Makkah Rest, Jeddah. |
![]() |
| The Munawwar. |
![]() |
| Kambing Kuali. - Ayah saya amat menggemari masakan ini ketika beliau berada di Makkah suatu masa dahulu. |
![]() |
| Kan dah habaq, makkah restoreng. |
Kadang-kadang gambar juga senang bercerita. Sebab kita senang untuk menghuraikan apa yang ditayangkan oleh gambar. Kita bebas. Bebas berkarya dan tidak tertakluk kepada perkara yang rutin.
...
"Pi tak malu ke naik kereta buruk dengan mak nih?" Emak gigih memandu kereta Toyota Galant tahun berapa entah warna hijau! Besinya agak keras saya kira berbanding dengan besi sekarang. Emak memberi signal memasuki ke Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Cuaca agak mendung menandakan musim tengkujuh masih belum expired lagi.
"Malu apa mak. Asal boleh jalan sudah. Lagi baik daripada jalan kaki." Jawab anak yang soleh dan sopan iaitu saya. Saya merupakan pelajar kelas emak yang belajar di sekolah yang sama dan emak saya mengajar kelas kemahiran hidup untuk PMR. Emak buat tak tahu jer kalau dalam kelas, jadi saya pun buat tak tahu lah jika berada dalam kelas. Lagipun, lebih seronok begitu walaupun emak rajin juga suruh saya jawab soalan dalam kelas membuatkan saya selalu gagap nak masuk kelas kendalian emak.
Itu berlaku kira-kira beberapa belas tahun yang lepas. Ironinya, saya seorang yang tak berapa penting sangat pada rupa pakai dan luaran. Jenama apa, brand apa, cap apa. Lantaklah, asal boleh jalan sudah. Eh, perkataan ironi yang saya sebut tadi, kena tak pada permulaan ayat? rasa macam sedap juga pakai perkataan tu.
...
Kini, saya masih lagi tetap seorang yang sama, masih mempunyai mentaliti yang sama dan jenis tak cermat dan selalu lambat buat kerja. hahaha.
...
"Anda tahu apa hukumannya? hukumannya ialah dihantar pulang balik ke negara asal. Terangkan pada Konsul Jeneral nko." Timbalan Gabenor, H.E Salman AlJeraisy memohon saya untuk disampaikan kepada Tuan Konsul Jeneral Malaysia, Hj Mohd Khalid.
Saya memerah otak dengan begitu laju dan cepat untuk menyampaikan apa yang diutarakan oleh Timbalan Gabenor itu tadi dari bahasa arab kepada bahasa melayu kepada CG (konsul Jeneral) tanpa memikirkan apa yang dimaksudkan dan hujung pangkal cerita, yang penting ia tepat pada makna dan sampai kepada orang yang perlu saya terjemahkan.
Tuan CG mengangguk dengan tenang dan tersenyum nipis.
"Kita tahu tentang perkara itu, tak apa, teruskan." Terang Tuan CG kepada saya.
"Akan tetapi, disebabkan oleh kita menerima permohonan keampunan daripada Duta Besar Malaysia di Riyadh, juga surat daripada universiti yang menyatakan bahawa mereka ini adalah pelajar tahun akhir di Universiti Islam Madinah, Gabenor memberikan pengecualian terhadap negara Malaysia. Juga kerana hubungan baik antara 2 negara. Pengecualian ini hanya diberikan kepada Malaysia sahaja! Terangkan kepada CG." Arah Timbalan Gabenor itu lagi kepada saya. Hang tak habaq pun aku terang juga nanti. Bisik saya dalam hati.
Saya menerangkan dengan agak gagap dan tercungap-cungap akibat daripada otak dan nafas tidak selari pertimbangannya sementelah perkataan arab pun tungang terbalik.
Tuan Konsul Jeneral mengangguk-angguk tanda faham lalu meluahkan butir bicara..
"Kami sebagai wakil Kerajaan Malaysia dan negara Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Kerajaan Arab Saudi di atas pengampunan yang diberikan kepada pelajar terbabit. Insya allah, kami akan pastikan perkara ini tidak akan berulang sama sekali." Akhirnya CG memberikan kata penutup kepada Timbalan Gabenor, HE Salman AlJeraisy sebelum kami sama-sama bersalam dan keluar daripada pintu bilik Timbalan Gabenor Madinah Al-Munawwarah di pejabat Gabenor Madinah, Madinah.
...
Sehari sebelum ...
"Lutfi, ikut saya pergi Madinah esok sekali dengan Encik Soffian. Kita pergi setelkan masalah pelajar nih. Dah dekat 50 hari duduk dalam lokap. Apa cerita yang masih tak lepas-lepas lagi nih? Saya kena turun padang jugak untuk pastikan budak-budak ni semua lepas." Arahan Tuan CG kepada saya.
"Kita pergi pagi, balik petang. Saya nak usahakan supaya mereka lepas jugak hari kita pergi tuh. Insya allah" Tambah Tuan CG lagi dengan penuh keazaman yang mana saya melihatnya sebagai sesuatu perkara yang 'agak mustahil'.
Saya menggunakan kalimah 'agak mustahil' kerana mengikut prosedur, kita perlu mendapatkan jawapan keampunan terlebih dahulu melalui surat yang akan dikirimkan kepada Kementerian Luar Negeri Saudi dan seterusnya menyampaikan kepada kita dan kepada pejabat Deportasi Madinah. Untuk menerima surat tersebut, terpaksa melalui pelbagai proses yang sangat rumit dan membebankan. Pihak Konsulat sentiasa berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh bermula daripada hari kedua kes tahanan dimaklumkan kepada kami. Beberapa masalah besar timbul yang melibatkan campurtangan pelbagai pihak. Namun, pihak Kedutaan tetap meneruskan kerja mereka dan masih lagi terngiang-ngiang kata-kata Duta Besar kita di Riyadh, Prof Dato' Syed Omar AlSaggof "Biarlah depa nak kata apa pun, yang penting kita tahu apa yang kita buat dan depa tak tahu apa yang telah kita usahakan. Allah sentiasa ada dan Dia Maha Mengetahui apa yang sebenarnya berlaku tentang usaha kita. Nanti kebenaran akan timbul juga."
Kata-kata yang saya kira sangat memberi kesan kepada pekerja yang 'loqlaq' macam saya nih.
...
Semalam...
Perjalan ke Madinah mengambil masa kira-kira 3 jam setengah dengan pemanduan berhemah dari pemandu Konsulat. Perjalanan sejauh 399km dari Jeddah ke Madinah. kami bertolak jam 7 pagi kerana mengejar untuk menuju ke Pejabat Deportasi Madinah bagi melihat keadaan pelajar yang telah ditahan dilokap tersebut. Sedih juga mendengar cerita. Sehinggakan salah seorang daripada mereka tidak sempat mengazankan anak sulung yang telah lahir ketika bapanya di dalam tahanan.
Kami tiba di Pejabat Deportasi kira-kira jam 11.30 pagi. Turut berada di sana adalah pelajar yang selalu mengikuti perkembangan mereka iaitu Aizat Omar dan Asshik. Saya berhubung dengan pegawai Deportasi, Mr Asim Subhi yang menghendel kes tahanan tersebut. Alhamdulillah, dengan pertolongan beliau, kami dapat berjumpa dengan pelajar yang ditahan dan dibawa ke satu tempat yang agak selesa untuk berbicara bersama-sama Tuan Konsul Jeneral. Setelah berbicara dan menerangkan perkara sebenar kepada para pelajar terbabit, kami kemudiannya dinasihatkan oleh Mr. Asim untuk menuju ke pejabat gabenor bagi mendapatkan kelulusan segera. Apa yang kami perlukan hanya surat keampunan yang dialamatkan kepada pejabat deportasi dan setelah itu, pelajar terbabit akan dibebaskan.
Melihat pada waktu yang tinggal tidak banyak, kami bergegas ke Pejabat Gabenor yang terletak ... Ah! Dah lupa pulak kat mana. Apapun, kami sampai dekat-dekat dengan waktu zohor. Saya, Ashik dan Aizat berjumpa dengan receptionist bagi memohon untuk perjumpaan dengan Gabenor. Tadak pakai orang bawah-bawah dah. Direct terus nak jumpa gabenor. Lagipun, yang bersama kami ialah Tuan Konsul Jeneral. Wakil sah Kerajaan Malaysia di Saudi.
Kami mendapat jawapan yang hampa. Kami tak dibenarkan berjumpa melainkan dengan surat yang ditujukan buat Gabenor Madinah untuk memohon diadakan perjumpaan. Jam sudah menghampiri jam 1 tengahari. jam 2,3 petang, pejabat tutup. Kami kehabisan modal. Lalu saya menghubungi Encik Soffian untuk mendapatkan pertimbangan memandangkan si Receptionist tadi pun menyuruh saya telefon kembali pejabat Gabenor pada hari isnin bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai surat pengampunan. Encik Soffian mengarahkan saya redah juga dan cuba dapatkan perjumpaan dengan pihak atasan dan nyatakan bahawa Konsul Jeneral ada bersama kita. Usai solat zohor bersama-sama, saya berbisik kepada pegawai terbabit yang Konsul Jeneral ada bersama kami bertujuan untuk jumpa dengan Gabenor atau timbalannya.
Dipendekkan cerita, kami sudah duduk dalam pejabat Setiausaha Gabenor dan minum teh panas serta gahwah dengan keadaan perut kosong tak makan apa benda lagi dari pagi. Kami menunggu kira-kira satu jam sambil buat muka sabar. Akhirnya, saya dan Konsul Jeneral dipanggil masuk untuk menghadap Timbalan Gabenor yang agak bengis pada awalnya.. Maka, berlakulah dialog di atas itu tadi..
...
Tepat jam 7.50 malam, 3 orang pelajar yang ditahan hampir selama 50 hari telah pun dibebaskan dan dibenarkan pulang. Kami ketika itu, sedang dalam perjalanan pulang ke Jeddah kerana kami masih lagi mempunyai misi lain untuk diselesaikan. Surat perlepasan yang diterima di pejabat Gabenor Madinah itu tadi terpaksa diserahkan kepada pelajar seperti dalam gambar diatas untuk mereka serahkan kepada Pejabat Deportasi bagi melakukan pembebasan. Sayang sekali kami tidak dapat menunggu detik-detik gembira mereka dibebaskan. Namun, apa yang penting adalah mereka dapat kembali kepada keluarga mereka dan mereka dapat melanjutkan kembali pelajaran. Siapapun yang membuat kerja, hanya Allah yang layak menilainya. Jika kita tidak tahu perkara yang sebenar, lebih baik diam.
...
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : "من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت". رواه البخاري ومسلم
Apa kaitan cerita emak saya dengan cerita yang saya utarakan pada hari ini?
Emak banyak mengajar saya dan menunjukkan saya tentang apa itu erti kehidupan. Tanpa didikan emak dan ayah, saya tak mungkin berada di sini pada hari ini iaitu dengan sebelah kaki saya telah saya pijakkan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Jeddah. Tanpa panduan daripada mereka, tak mungkin saya akan jejakkan kaki ke Kota Suci Makkah kira-kira 8 tahun dahulu. Kesemuanya adalah hasil didikan dan doa ibubapa saya yang saya berpendapat kita wajib hormati mereka dan berusaha untuk berbuat baik dengan apa cara sekalipun bagi membahagiakan mereka. Rebutlah peluang sementara mereka masih ada bersama kita di dunia ini. Jika mereka telah tiada, tak ada apa lagi yang tinggal kecuali kenangan dan doa yang mengiringi. Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan terima kasih kepada ibu saya Pn Laily Bt Mohamed bersempena dengan hari kelahiran beliau yang ke ...
Berapa ek? 54 kot? pada 2 Disember 2011ini. Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan kepada anda setelah segala keperitan melahirkan kami, berkorban untuk kami, menelan sengsara dan dugaan, mendidik kami dan membela kami supaya menjadi seorang insan yang berguna. Semoga dipanjangkan umur, diberkati Allah dan diluaskan rezeki dengan cucu yang ramai. Aaa.. kena buat cucu lagi lah nampak gayanya sebab nak bagi emak seronok. kah kah kah!
![]() |
| Pejabat Gabenor Madinah, Madinah Al Munawwarah. |
...




























