Semalam saya lapar. Saya keluar dari rumah untuk membeli makanan ringkas-ringkas. Nak kata diet, tak jugak, tapi tak berapa selera nak makan nasi. Jadinya, saya keluar berseorangan dan membeli makanan ringkas tapi padat iaitu Albaik!
Saya memandu dengan cermat dan teratur menuju ke Albaik berhampiran dengan kawasan perumahan saya di Madain Fahad. Ia terletak kira-kira 4km daripada rumah saya. Takdelah jauh sangat. Tiba saya di hadapan Albaik, kawasan parking sangat penuh. Saya berpusing sekali lagi dan saya mendapati ada satu tempat parking yang comel dan kecil di hadapan pintu masuk kawasan baiki kereta. Saya letak kereta di situ. Saya sedar yang saya sedang melakukan kesalahan yang saya kira sangat kecil kerana memarkirkan kereta di pintu masuk sebuah kawasan pembaikian kereta. Akan tetapi, kira-kira saya menyatakan bahawa kedai sudah kebanyakannya tutup dan saya hanya memarkir di satu sudut kecil dan lori pun lepas nak masuk. Biarkan.. Saya meninggalkan kereta dan bergegas ke Restoran Albaik. Ayam sedapnya sudah terbayang di perut comel saya ini!
Pulang daripada membeli bungkus ayam albaik tersebut, saya pergi mendapatkan kereta saya. Saya menghidupkan kereta dan cuba untuk berlalu. Dari luar tingkap, kelihatan seorang jaga yang datang ke arah saya sambil bising-bising. Manalah saya dengar apa yang dia bising sebab saya tutup tingkap. Saya menghampirinya dan saya bukakan tingkap. "ada apa?" - Tanya sambil muka bengis dan kunyah chewing gum.
"Lain kali tolong jangan parking kereta kat sini. Ini pintu masuk." Tegas jaga tersebut sambil mulut penuh tak habis bercakap.
"Apa hal pulak. Kedai kan dah tutup. Saya parking pun bukan tengah-tengah jalan." Jawab saya.
"Nko tahu tak berapa peniaga sini kena bayar sewa bulan-bulan? Nko tahu tak kedai masih lagi tak tutup? Nko tahu tak nko telah menyusahkan orang lain nak keluar-masuk?" Jaga tu masih lagi berkeras dan taknak kalah sambil tinggikan suara.
Saya alihkan gear kepada free gear dan tarik handbrake. Ni cerita besar nih.
"Pakcik, punyalah luas lagi jalan masuk tuh, bas pun boleh masuk. Saya parking sipi jer kat sini. Kereta saya bukan besar lapangan terbang. Apa ada masalah?" Saya cuba menjawab sambil hidung tak lepas bau ayam albaik.
"Bukan masalah tu. Ini masalah sikap. Nko lain kali, kalau nak parking, tunggulah aku tutup jalan ni dulu. Ha! Bila aku dah tutup jalan nih, suka hati nkolah nak parking besar mana pun. Melintang pun tak apa!" Dia dah mula tidak keruan saya lihat.
Bimbang ayam albaik saya akan diapa-apakan, saya mengalah.
"Baiklah. Maafkan saya pakcik. Saya tak akan buat lagi." Perlahan saya mengatur gear masuk ke nombor satu dan berlalu sambil dia masih lagi terkumat-kamit memutarkan perkataan lain.
Simple kan? Tapi, hanya Allah yang tahu betapa bergelegaknya hati saya menahan marah.
Saya tak nak cerita tentang kemarahan saya. Apa yang saya nak ceritakan adalah mengenai kesalahan yang saya buat dan saya tak nak mengaku. Memang benar, itu salah saya. Tapi saya masih lagi bertegas dan mencari sekelumit kebenaran untuk menegakkan hujah saya. Itu dinamakan keegoaan seorang lelaki.
Betapa banyaknya masalah pada hari ini berpunca daripada sikap ego dan tidak mahu mengalah. Pernah saya utarakan dalam maqalah-maqalah saya yang lepas bahawa dengan mengalah, anda akan mendapat lebih daripada apa yang dijangkakan.. Namun, untuk mengalah.. Oh! Hanya Allah sahaja yang tahu betapa seksanya!
Seolah-olah kita terpaksa menelan sesuatu yang sangat berat!
Tapi, selepas sehari, dua hari, perkara itu akan berlalu. Saya sudah tidak mendendami pakcik tersebut dan tak berapa ingat pun mukanya macam mana. Apa yang susah? Tapi di kala kemarahan kemuncak, mana nak pikir tentang perkara ini. Kalau boleh, kita nak lepaskan apa yang terbuku di hati dan lepaskan kepadanya tanpa memikirkan akibat daripada kata-kata yang kita lemparkan kepada dia.
Saya fikir, jika seluruh manusia di dunia ini mengalah, maka pasti dunia akan aman damai. Kah kah kah! Sila praktikkan di dalam masalah rumahtangga anda tak kira anda isteri atau suami atau anak-anak. Kikiskan sifat ego yang seringkali memberi masalah kepada kehidupan kita. Tak rugi mengalah, pointnya Allah akan menilai dan digantikan dengan perkara baik. Selamat malam!
....
Gambar-gambar adalah ketika lawatan Dato' Seri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri dan rombongan ke Makkah dan Madinah baru-baru ini. Seorang yang sangat cool dan bersahaja. Lawatan kali ini juga membangkitkan nostalgia saya bersama family kerana kali terakhir saya mengikuti ziarah madinah adalah bersama keluarga saya suatu masa dahulu! Sangat-sangat gembira dan seronok dengan peluang ini! Terima kasih semua.
 |
| Bandar, nama dia bandar. |
 |
| Dato' Seri dan rombongan ketika lawatan ke Kilang Kelambu Kaabah yang dapat kami masuki hari itu. |
 |
| Kali terakhir saya memasuki kilang kelambu Kaabah ini adalah ketika umrah pertama saya iaitu pada tahun 2001. Baru 10 tahun lepas. |
 |
| Kain kelambu kaabah yang dijahit menggunakan mesin. |
 |
| benang saja berlingkar dah panjangnya. |
 |
| Nasi mandi di restoran Ritaj, Aziziyyah. Cantik jugak tempatnya. |
 |
| Pn. Niza, isteri Konsul Jeneral Malaysia Jeddah. |
 |
| Tak tahu apa nama. |
 |
| In person, Dato' Seri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri Malaysia. - Jabal Thur, Makkah. |
 |
| Harimau Malaya di mana-mana. |
 |
| "beng lari ah. Ambik gambor lu." (bahasa terengganu 101 yang bermaksud, jangan lari lah, ambil gambar dulu) |
 |
| unta berhias. - tamron 10-24mm |
 |
| sebahagian daripada ahli rombongan yang datang. semua orang Sabah baaahh! |
 |
| saya pencuci di masjid Quba. |
 |
| saya pembaiki lampu di masjid Quba. |
 |
| Masjid Quba. Semuanya memutarkan nostalgia saya dan keluarga suatu masa dahulu. |
 |
| penjual sugi. |
 |
| di ladang kurma. Cantik tempatnya tapi harga kurma mahal! |
 |
| Model of the day. Mr. Shahir dari Embassy Malaysia di Riyadh. |
 |
| "err" - Nikkor 70-200 f2.8 |
 |
| akak model. |
 |
| model kita di atas jabal rahmah. |
 |
| "im losing you.." |