Ado sekor anok tupai atah julai mokte
Kudung ekor perut lapar jalan cari makan
Kejadian tuhan dipanggil nama tupai
Asalnya dale hutan sejenis mamalia
Kalu pasal jakit kok dehe dialah yg paling pandai
Jatuh jare jare kerana dia tak sobar
Pandai pandai tupai melompat jatuh tanah jugok
Tak wi gambar ore jahat jale telajok mangok
Ore jame ritu pakat hambat tupai
Bimbe ko woh kayu takuk tokdan besar
Nyor derian duku kalu dan nye kerit tupai
Pendek tahun tu nyor derian takdan nak jual
Ore sekepung tupai sekor berambat hari hari
Nya pakat likung nya pakat pekong tupai takleh lagi
Sakat bedil ado tupai habih mati
Hok ni lah saya raso kita sangat rugi
Kita manusio tinggi mana pun kita ngaji
Nak wat tupai sekor tentu sekali nya tak jadi
Loni kapung atau bandar jare buleh tgk
Bapok tupai ibu tupai jale bawak anok
Rasa kesian sungguh tgk sekor ke anok tupai
Kerana telajok kuruh sapa tokleh nak niti pagar
Bulu bulu pun habih luruh air mato bederai derai
Mari dale baruh bekali kena racun tebaka
Ado sekor anok tupai atah julai mokte
Kudung ekor perut lapar jalan cari makan
- Halim Yazid, ''Anak Tupai".
![]() |
| Ladang kurma, Madinah - ketika bersama rombongan Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Anifah Aman. Nikon D300s + Tamron 24-70mm f2.8. |
Ironinya, saya gembira dengan apa yang saya kecapi hari ini. (sekali lagi, adakah penggunaan kalimah ironi ini tepat?)
Hari ini, banyak peluang tercipta di hadapan saya, cuma antara mahu atau tidak mahu sahaja. Rezeki yang dilimpahkan sangat banyak dan tercipta dengan begitu unik sekali. Subhanallah. Siapalah saya yang selayaknya untuk menerima perkara sebegini..
Petang rabu, sebelum pulang dari pejabat, rakan sejawat merangkap senior saya En. Azzai, memuji saya mengatakan yang saya banyak sudah berubah. Sudah tak seperti dulu. Pencapaian pun hebat. Saya hanya berdiam dan tersenyum. Alhamdulillah saya mengembalikan pujian kepada Allah. Saya suarakan yang kegusaran saya jika cepat naik, biasanya cepat jatuh. Ujar saya jujur. Berkongsi perasaan bersama Azzai yang saya anggap banyak mengajar saya perihal pekerjaan. Azzai tersenyum dan membalas, takdak hal katanya, yang penting, kita ingat tempat bawah. Naiklah setinggi mana pun, asal kita tak lupa daratan dan tak lupa diri, insya allah berjaya. Satu kata-kata ringkas, tapi penuh makna. Tapi, pesannya lagi, jika naik tinggi langit, tapi lupa tempat jatuh, itu memang sakit. Lu kena hati-hati. Pesan Azzai sebelum memasukkan tangan dalam poket dan berlalu pergi naik atas. Wah! Pikir saya sendirian. Betul tuh.
Kadang-kadang kita terlalu cepat naik. Naik, dan naik tanpa disedari, terpijak rakan-rakan. Terlupa rakan-rakan. Rakan-rakan yang dulu sama-sama susah, dan sama-sama berusaha bersama kita. Juga kadang-kadang kita lupa orang sekeliling dan orang lain. Kita hanya seronok mengenangkan pencapaian kita dan alpa dengan apa yang dikecapi. Itulah yang bakal meruntuhkan dan menjatuhkan kita kembali ke bawah. Nauzubillah. Saya sangat takut perkara itu berlaku. Alam pekerjaan sangat-sangat tidak sama dengan alam pelajaran. Kita mempunyai satu ikatan yang dinamakan komitmen. Ujian dari Allah juga jarang kita ingat. Banyak rezeki, banyak juga dugaannya. Apa yang penting, kita tak lupa diri. Ah! Susah betul mendidik hati ini! Harapan saya, agar saya tetap menjadi seperti dahulu. Lutfi yang saya kenali sendiri, yang emak dan ayah saya kenali serta anda kenali. Saya berusaha untuk mengekal diri saya. Anda berhak menegur saya jika saya tersasar!
Baru-baru ini, dalam komen fesbuk saya, bekas ustaz saya merangkap guru kehidupan saya, ustaz Halias Abu Bakar, seorang pakar khat Negeri Terenggau menyatakan peringatan kepada saya agar berhati-hati ketika berada di 'pintu istana' agar saya tidak terjebak dan leka dengan keindahan 'istana'. Satu kata-kata yang mendalam dan memberi bekas kepada hati saya. Setinggi manapun kita, sehebat manapun kita, tupai seekor pun kita tak boleh buat katanya Halim Yazid dalam lirik lagu 'anak tupai'.
Kita manusio tinggi mana pun kita ngajiNak wat tupai sekor tentu sekali nya tak jadi..
Benar dan tepat sekali. Jadi, untuk apa kita sombong? tunduk ke bawah adalah lebih baik.
- Maaf, artikel ini dikarang dari pagi tadi sehingga tengah malam kerana terdapat pelbagai gangguan dan tekanan emosi. kah kah kah!


5 comments:
salam pi
18-55 saya dah setahun lebih tak pakai , terperuk dalam drybox hehehe
D4 dah keluar , tak nak sambar satu ka hehe
ayat2 tangkap kalbu ni.. dgr cite dpt 85 bru ek, 1.4 lg.. ahiksss..
Salam pi
Entri ini juga memberi pelajaran kepada saya. Alhamdulillah.
Tuan Haji rezeki (yang melimpah ruah :) ), 18-55 tu kalau dah tak pakai lagi, bolehlah dermakan kepada saya. Hehe.
tunduk...tapi jangan selalu tunduk...sekali sekali perlu mendongak, agar tidak terlanggar tiang.
pi
tumpang lalu
tn hj saad
18-55 tu dgn kamera sekali dah hibahkan kat anak bongsu saya
nak beralih ke gear lain pula hehe
Post a Comment