Sunday, January 22, 2012

hantu limau dan contoh kepada anak



LOP_1133
pemandangan daripada balkoni apartment saya. Cantik juga pemandangan sambil pekena kopi panas cicah ubi rebus. eh, ubi rebus cicah kopi panas.

LOP_1138
subhanallah. Nikon D300s + Tamron 24-70mm f2.8

Hantu limau datang lagi. Smalam saya dikejutkan oleh Waseem dengan jeritan segar dia tepat jam 3.20 pagi ketika kerlipan mata saya sempat mengelip menonton waktu yang tertera di jam dinding. "baba!! Burtuqal jatuhh!!" Appaa daa! Lemon kecil jatuh dalam lubang sinki pun mau bising! - Saya sedar yang waseem masih lagi seorang budak bakal berumur 5 tahun pada tahun ini. Patut masuk sekolah dah tuh. Tapi 'dop tengoh tepi' (Bahasa Terengganu 101 yang bermaksud serba salah). Sebab nak masuk sekolah, takut tiba-tiba kena balik Malaysia. Tak masuk sekolah, kesian jugak pada dia sebab nakkan jugaklah pendidikan pada anak-anak neh. Jadinya serba salah dan kami biarkan dahulu sehingga surat tapisan, penapisan, saringan, jaringan, skor bola dan macam-macam lagi daripada Malaysia tiba, barulah kami boleh buat keputusan.

Saya sebenarnya sangat letih dengan situasi serba salah nih. Banyak kali dah saya kena macam nih apabila ingin melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan. Tapi dengan bersabar, saya mendapat lebih daripada apa yang dijangkakan. Cumanya tahap kesabaran saya sangat berbeza-beza. Kadang-kadang ada tinggi. Kadang-kadang banyak yang rendah. Apapun, saya tiada pilihan melainkan bersabar dan tak boleh buat keputusan mahupun perancangan. Tiba jawapan, balik. Tak tiba jawapan tunggu sehingga tiba masanya. Ah!! Serba salah!!!

Itu cerita saya dan apa yang dalam kepala. Di samping banyak perkara lagi tak selesai. Nak kena tukar nama kereta, nak kena setel proses untuk balik lagi, tanggungjawab dengan kerja, komitmen dengan keluarga, kawan-kawan memang saya sepak ke tepi dah. Nak belasah nawi main PES 2012 pun tak sempat gara-gara banyak sangat kerja. Tapi.. dalam kesibukan, memori indah yang sangat meruntunkan hati apabila kami ke MasjidilHaram tempohari. Suatu perasaan tenang yang tak dapat digambarkan dengan perasaan.. Sangat tenang menonton kaabah dan suasana dalam masjidilharam walaupun kini dipenuhi dengan jemaah dalam negeri yang bercuti.

Saya dapat merasakan itu adalah salah satu tarikan buat kami bertahan lagi di sini. Suatu nikmat dan anugerah yang Allah kurniakan kepada kami. Jarak Jeddah dan Makkah bukannya jauh sangat pun. Ibarat daripada Kuala Terengganu ke Dungun tempat asal Zizan sahaja. 70-80 km. Tak jauh kan? Harap sangat keretapi depa buat ni cepat siap. Bolehlah kita berkelana dengan keretapi plak. Ke Madinah, Jeddah dan Makkah hanya menaiki keretapi! Insya allah suatu hari nanti!

Bagi yang bertanyakan soalan kepada saya, ada kerajinan saya jawab, kadang-kadang saya terlupa. Banyak yang saya janji untuk menulis kembali, tapi saya lupa. Ada yang minta gambar daripada saya sampai sekarang saya tak tunaikan lagi. Paling penting, penyempurnaan buku "A Glimpse of Makkah" saya yang masih lagi belum selesai. Ya Allah! Apakebenda yang sangat saya sibuk ni sampai tak sempat semua perkara. Harap-harap si Roshidee dan Azhar the Designer tak marah yer. :) Saya bercadang nak pulang ke Malaysia secepat mungkin kerana banyak perkara yang ingin saya selesaikan di Malaysia bersama projek2 terbaru yang bakal menyusul membabitkan pihak atasan. Insya Allah. Kita hanya merancang, Allah menentukan segala-galanya. (ayat biasa drama).

So, untuk kesekian kalinya, saya ingin meluahkan hati saya sangat membuak-buak untuk mengambil gambar tapi masa tidak mengizinkan. Hari cuti, hanya dipenuhi dengan kemas rumah dan keluar membeli barangan. Serta tak lupa rehat yang secukupnya! Kini saya mengerti mengapa ayah dan emak saya sangat menghargai hari cuti. Lagi pula, ayah saya tunjukkan contoh yang baik ketika hari cuti dengan membersihkan halaman atau membasuh baju. Masih lagi saya ingat, ayah akan mengilas kain pelekatnya dan membasuh baju serta pakaian. Itu satu contoh yang baik ditunjukkan kepada anak-anaknya yang memerhati. Oleh yang demikian, saya pun berbuat seperti itu agar anak saya akan mengingati suatu hari nanti ayah dia juga rajin. Tapi saya tak membasuh baju, saya hanya mengemas di tempat yang sama iaitu di kawasan bilik pejabat mini saya. Hahaha! Alih-alih itu juga yang saya buat. Sebab saya sangat tak suka membasuh baju. Setakat basuh pinggan tu boleh  lagi. Apapun, saya perlu tunjukkan contoh terbaik buat anak-anak yang kini membesar dan kadang-kadang memerhati sahaja tingkah laku ayahnya ini. Ah! Bila boleh outing neh!!! 

- menarik ke jenis cerita macam ni kat belog? ah. tak politik semasa langsung!

7 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

menarik jugak..hahaha

ellysufian said...

blog entries macam nie la bagus lutfi. kalau berpolitik sangat, nanti pening kepala... dah pening kepala, kena makan ubat... lagi satu kes pening... :)

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

kalo balik jangan lupa kasi tau, nak jumpa gak! masa g mekah deme duk mesia, masa ambe dah di mesia deme balik mekah..

nak jumpa gak!

nuralwahid said...

teruskan berceloteh pasni.dok kire hok pening2 ke..politik ke..lagi syok klu pasal kerenah anak2.sonok bace.semoga berjaya dalam apa yg dirancang..

safiudin.com said...

santai dan bersahaja..

layak betul sebagai penulis..

Uncle said...

Salam Pi.
Tak payahlah masukkan politik kat dalam blog....ramai sangat dah dan tak larat dah nak baca....do what you do best and keep them natural! Uncle selalu membaca dan tersangatlah seronok.....err, btw, penyamung mana cuci pinggang!

kepala penyamung!

ayen =D said...

gambar cantik....!!! macam, di celah2 kelam, ada cahaya gitu.. pekena kopi panas cecah ubi rebus! hahaha..

cerita yang kot2 anda teringin nak baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...