Sudah lama saya ingin menaip entri ini. Entri bertajuk ini. Akan tetapi masa tak mengizinkan. Banyak juga idea sebahagiannya telah hilang dan pergi bersama-sama waktu. Idea yang sangat baik untuk dikongsi bersama saya kira telah hilang ditelan zaman. Ia akibat saya mempunyai sikap buruk malas mencatit. Saya suka bertangguh. Sungguh dan tak tipu.
Walaubagaimanapun, saya akan cuba untuk mengingati kembali apa yang ingin saya sampaikan. Ia bertajuk berfikir positif. Idea untuk menulis di dalam belog biasanya datang ketika waktu saya dalam perjalanan ke pejabat di waktu pagi. Ketika turun dari rumah, menghidupkan kereta dan memandu kereta menuju ke pejabat. Banyak idea-idea spontan mengenai kehidupan yang ingin saya lakarkan dan tulis di dalam belog ini buat panduan dan ingatan saya di kemudian hari. Juga buat anda yang tak ada masalah membaca tulisan saya di belog ini.
Dalam kehidupan kita, tak lari daripada 2 perkara cara kita berfikir. Ia samada positif ataupun negatif. Tapi jenis yang pikir tengah-tengah tu, susah jugak nak ulas apa jenis pikiran. Positif pun tidak, negatif pun tidak. Pengundi atas pagarlah tuh. Oke, berbalik kepada pemikiran kita. Kebanyakan kita pada hari ini, kita amat kerap berfikir secara NEGATIF. Kebanyakan perkara kita akan berfikir secara buruk dan padah. Ia pada pendapat saya akan meruntunkan semangat motivasi jiwa kita. Ia akan menjatuhkan moral kita. Ia akan membuatkan kita tidak bermaya dan lesu setiap hari akibat daripada pemikiran yang sentiasa negatif itu tadi. Sebagai contoh, err. cuba anda berikan saya contoh perkara-perkara negatif yang selalu sangat kita pikirkan. Nanti saya sambung penceritaan saya.

2 comments:
Pi.
Awat cerita sangkut2? Buat lah perabih....masa nak pi opis sangat positip tapi masa balik jangan jadi negatip! Hahahahah...go Pi go...
err.. err... err... tak taula
Post a Comment