hi dan selamat hari jumaat.
apa perkara yang perlu saya sentuh mengenai hari ini?
...
....
saya tidak mempunyai jawapan. tapi saya ingin bercerita mengenai asian film festival yang mana sekarang sedang berlangsung di Asian Consulate di Jeddah. Satu pengalaman yang baru bagi saya. Sangat menarik dan saya suka untuk menyertainya walaupun agak terbatas dan saya tak boleh menghadiri kesemua 10 filem yang ditayangkan. Apa yang menarik, saya bukan sangat melihat kepada filem itu sendiri, namun mengenai penyertaan dan networking yang dibina. Saya amat tertarik melihat kerjasama, penonjolan budaya dan bagaimana setiap negara ingin mempersembahkan apa yang terbaik daripada negara mereka ke mata dunia.
paling menarik, perbualan kami hanya ada 2 bahasa. samada english ataupun bahasa arab :)
semalam tayangan filem merongmahawangsa telah live keudara di ruang kota Jeddah. Sekaligus, mengejutkan para penonton yang terdiri daripada para kehormat Konsul Jeneral, para Saudi dan beberapa dif terhormat yang lain. Para tetamu tidak berganjak walaupun untuk ke tandas bimbang terlepas babak dan adegan menarik. Penggunaan dialog berbahasa inggeris membantu para negarawan lain untuk memahami isi dan kandungan penyampaian. Si arab yang datang pun bukan calang-calang orang. Mereka fasih berbahasa inggeris lebih daripada saya! Kami dimaklumkan ada juga seniman Saudi yang turut sama hadir bagi melihat kehebatan filem Malaysia. Walaupun kadang-kadang melihat merongmahawangsa ada kekurangan dari segi teknikal, sinematografi, bagi saya, ia sesuai untuk ditayangkan bagi menonjolkan ciri-ciri Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, kaum dan agama. Kelemahan adalah satu perkara yang lumrah dalam setiap perkara. Kita telah berusaha dengan sebaiknya untuk menaikkan nama negara di mata dunia. Pinta kami, janganlah ada yang merendahkan martabat negara kita dan menjatuhkan segala kehormatan dunia kepada kita. Bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan.
Itu sahaja dahulu buat kali ini, dan saya ada cita-cita lain untuk direalisasikan iaitu pergi solat asar di masjid dahulu. Hahahaha! Sebab saya secara jujurnya jarang solat di masjid. ;)

![]() |
| kata-kata aluan oleh CG Malaysia, H.E Mohd Khalid Abdul Razak. |
![]() |
| Antara penyertaan negara Asean termasuk Saudi. |
![]() |
| Banner yang saya design. Cantik jugak walaupun jatuh selepuk atas tangga. |
![]() |
| Persediaan oleh team-team konsulat Jeddah. |
![]() |
| Pendaftaran oleh warga asing. |
![]() |
| Mr. Charlee dari Thailand. awek yang sebelah tu takde kena mengena. |
![]() |
| Warga Konsulat Perancis yang tambah nasi 2 pinggan saya nampak smalam. |
![]() |
| Tetamu dan jemputan kehormat memeriahkan suasana di perkarangan Konsulat Jeneral Malaysia semalam. |








3 comments:
Assalamualaikum;
Nak minta tolong angkat balik bunting yang jatuh selepuk atas tangga tu...
heee...
Lepas ni jadi bintang pilem aaa mung!
saya suka gambar ke-4 tuh. hehe.. lutfi, bila mau balik, saya mau jumpa!
Post a Comment