pengikut-pengikut yang menawan

Sunday, August 5, 2012

saya tetap seperti dahulu


LOP_8275
Seorang lelaki dalam lingkungan 50-an sedang melakukan senaman berjalan setelah 2 tahun dalam percubaan untuk pulih daripada penyakit strok. Dia adalah ayah saya.


Sinopsis

Saya kini telah kembali ke Malaysia lebih kurang 2 bulan. Pelbagai pengalaman dan fenomena telah saya temui kini. Tujuan utama saya balik adalah untuk dia. Ya! Dia yang di dalam gambar di atas itu. Setelah 2 tahun dia menderita penyakit strok di sebelah kiri, saya kini dapat berkhidmat kepadanya walaupun tidak sempurna. Inilah sahaja peluang saya untuk membalas segala jasa beliau kepada saya. Jika dihitung dengan wang ringgit, saya tak mampu membalasnya. 

Kerjaya

Mungkin ramai tertanya-tanya apa kerja saya sekarang? Saya ada pergi temuduga di Parlimen baru-baru ini sebagai pegawai penyelidik. Namun, rezeki menemukan saya kepada UnisZA. Saya kini berkhidmat sebagai pensyarah sambilan mengajar bahasa arab kepada pelajar diploma di sana. 5 minit sahaja daripada rumah! 

Cita-cita

Saya bercita-cita besar. Apa yang saya cita-citakan biarlah saya sahaja yang mengetahui. Anda tahupun nak buat apa. :-) Sekarang saya sedang mengejar cita-cita saya ini selangkah demi selangkah. Jalan sudah ada, cuma memerlukan bekal untuk berjalan di atasnya.

Buku A Glimpse Of Makkah

Sebuah buku yang dicanang-canangkan penerbitannya. Saya telah pun membuat ISBN dan kini dalam proses untuk pengeditan kali terakhir. Insya allah akan diterbitkan sebelum bulan haji bermula! 

Keluarga

Semua sihat dan baik-baik sahaja. Si waseem telahpun memulakan sekolah di tadika yayasan di tepi rumah. Si Naseem sudah mula bercakap secara pelat. Si Basmah telah pun mempunyai 4 batang gigi. 

Pengalaman dahulu dan kini

Sangat berbeza! Pengalaman berurusan dengan arab dan berurusan dengan melayu. Banyak pro dan kontra. Bukan tidak rindu Makkah dan Saudi. Tapi belum mencapai tahap maksimum. Pelan-pelan.

Fotografi

Masih lagi meneruskan seperti dahulu. Cuma agak kurang aktif. Saya mendapat beberapa projek mega yang saya rasakan bakal membuatkan saya tak cukup tidor. Tapi saya bersederhana dalam kebanyakan perkara.

Konklusi

Saya gembira berada di Malaysia dan berbakti kepada keluarga!

10 comments:

kucingorengemok said...

selamat balik... selamat berpuasa & selamat semua², cik lutfi & keluarga!

Aki44 said...

Assalamualaikum Sdr Lutfi,

Selamat menjalani kehidupan baru di negara sendiri setelah sekian lama di Tanah Haram. Juga selamat mengemas rumah yg dah begitu lama bersawang.

Sy doakan agar ayah anda pulih seperti sediakala.

Bila nak terjah ke Kuantan.

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

bab projek mega tu tetiba mata saya membesar

tahniah :)

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Alhamdulillah...berbaktilah kpd kedua ibubapa sementara meraka masih ada...insyaAllah segalanya akan dipermudahkan Allah SWT...mama doakan kejayaan buat anakanda...

Harap2 dapat bertemu kat KT..

elmoyat said...

Projek mega hmmm bagus bunyinya

Syahiddmilikku said...

salam pi, lama aku x hai2 bye2 ngan hang kan. aku gi hantor adik aku kat unisza ritu. dia student diploma gak kat situ. aku siap lalu depan umah hang kat gong badak lagik. nak ketok pintu ajak gi minum gelas besor takut hang perambat pakai penyapu..kekeke... aku doakan hang sefamily dapat hidup paling baik dan berkat. ameen..

Aki44 said...

Assalamualaikum sdr Lutfi, selamat bersiaran semula selepas menyepi semenjak pulang ke lubuk.

Bila nak jalan2 ke Kuantan...

inabu said...

Assalamualaikum En. Lotfi,

Salam Ramadhan, selamat berpuasa, dh lama x muncul kat blog nooo...

sy x penah letak comment (rasanya) kat blog en. Lotfi, jd silent reader ja.

Tp kali ni sy terpaksa comment gak, actually nak tny kat mana ayah en. lotfi ubati strok dia?ayah kawan sy dh setahun lebih terlantar di katil & langsung tak boleh bercakap akibat strok, dah mcm2 dia berubat tp takdak apa2 perubahan...jd mungkin en. lotfi boleh tolong bgtau di mana ayah en.lotfi berubat, sy akan maklumkan kpd kawan sy nti.

email sy: inabu2202@gmail.com

Sekian, terima kasih.

Basyirah Abd Rahman said...

Alhamdulillah eveything is fine:-)
Tahniah dh bekerja sbg lecturer, slmt berkhidmat kpd keluarga dn anak bangsa..

Mohd Saad Hamid said...

Salam Lutfi.

Booking senaskah buku tu ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...