Saturday, December 1, 2012

Real Perhimpunan Agung UMNO 2012

LOP_1896 2


Masa kini menghambat.. Buat pertama kalinya saya merindui suasana ketika belajar. Maksud saya waktu senggang atau lapang yang dipunyai oleh saya yang begitu banyak. Saya juga merindui waktu di mana saya boleh sesuka hati memonteng kelas yang tak ingin saya pergi akibat daripada malas jumpa ustaz tersebut atau saya mengantuk akibat berjaga malam dan kesudahannya saya takkan pergi ke kelas setelah memeriksa kuota 'ponteng' masih lagi ada untuk saya meneruskan tradisi tersebut. hahaha! Namun, menceburi alam pekerjaan membuatkan saya banyak mempelajari erti 'tanggungjawab' dan 'belajar' dalam erti kata sebenar.

Setiap hari adalah pelajaran yang baru. Semakin saya belajar, semakin saya rasa serba kekurangan. Banyaknya yang saya tak tahu dalam hidup ini rupanya. Semakin saya bekerja, semakin saya berkenalan dengan ramai orang. Semakin saya melihat orang ramai lebih bijak dan pandai daripada saya. Akhirnya saya memasang niat untuk menjadi pandai seperti orang lain jua.

LOP_1891
Saya bekerja dengan kerajaan. Kerajaan yang ada sekarang ini. Di Jeddah pun saya bekerja dengan kerajaan. Kerajaan Malaysia dan menyelesaikan banyak isu rakyat Malaysia bersama Team Konsulat Jeddah yang sangat awesome. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya telah timba dan selami. Ponteng kerja? belum pernah lagi rasanya. Paling jauh saya ponteng pun, saya ke Jarir Bookstore untuk melihat-lihat gadget iPhone 4s atau melihat-lihat magazine terbaru mengenai photography. Itupun tak lama sebab saya takut bos saya En. Soffian marah. Lebih teruk kalau Consul General mencari saya untuk kerja penterjemahan atau ke mana-mana sebagai interpreter. Jadinya, saya telah mempunyai sedikit pengalaman dan perubahan dari segi 'ponteng' itu sendiri.

LOP_1885
Semalam, saya ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berlangsung di PWTC. Selama ini, saya hanya menyaksikan sikit-sikit di kaca telebisyen sambil marah-marah kerana banyak sangat slotnya sehingga mengganggu kestabilan saya menonton telebisyen. Kini, saya sendiri berada di dalam Perhimpunan tersebut. Politik sebenarnya adalah sesuatu yang baru dan asing bagi saya. Banyak perkara yang saya tidak tahu dan tidak ada pengalaman kepadanya berbanding dengan para pembaca sekalian. Namun, itu tidak menghalang pada saya untuk berbicara  mengenai politik mengikut pandangan dan pemikiran saya. 

LOP_1879
Buat masa kini, biarlah. Saya tidak mahu menyentuh politik secara begitu serius dan mendalam. Apa yang saya ingin perkatakan ialah mengenai rasa tanggungjawab yang semakin besar dan luas. Hendak ponteng kerja pun tak sanggup kerana saya tahu, saya memegang amanah kerja yang maha hebat. Saya mungkin boleh ambik cuti sehari dua tapi, fikiran saya akan tetap terganggu memikirkan assignment dan juga beberapa projek perlaksanaan kerajaan yang telah saya pegang dan perlu siap mengikut jadual yang telah diberikan. Oh. Maaf, 'projek' di sini bukanlah bermaksud yang mendapat hasil masuk poket sendiri seperti mungkin difikirkan oleh sesetengah orang. Jika saya tidak hadir dan monitor projek tersebut, mungkin akan ada beberapa perkara yang tidak mengikut apa yang saya kehendaki sekaligus mencacatkan penghasilan mencecah kesempurnaan yang kita inginkan seperti apa yang dikehendaki oleh majikan. Makanya, saya perlu hadir dan sepanjang masa maklum mengenai perjalanan projek agar tidak tergelincir daripada landasan. Berat tanggungjawab itu. Lebih-lebih lagi ia melibatkan amanah kepada rakyat, bangsa dan agama kita. 

LOP_1865
Ia pengalaman yang lebih baru buat saya. Perkataan ponteng semakin hari semakin terhindar jauh daripada diri saya. Ia ditanam oleh sifat tanggungjawab dan bukan lagi keterpaksaan. Alhamdulillah, bagus bukan perkara itu? Saya percaya, anda di luar sana telah melaluinya bertahun-tahun. Namun, saya baharu sahaja. :-) 

Untuk adik-adik, abg berpesan, janganlah ponteng kelas atau apa sahaja program ilmu kerana ia akan memberi sesalan kepada kita. Pengalaman abg, jika kita ponteng kelas yang kita rasa macam alah, takde apa2 pun ponteng kelas ini. Akan tetapi, jika kita pergi, kita akan rasa alamak! Nasib baik aku pergi kelas ni! Tak gitu?

Nanti saya upload gambar ye. Internet slow. Maklumlah. Lama tidak berceloteh panjang. Akaun flickr pun dah dibekukan. kene renew pulak. Nasib baik dapat!

 

3 comments:

safiudin.com said...

Assalamualaikum Sdr,

Terima kasih atas perkongsian catatan kali ini.

'ponteng'.

Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan sdr dalam melaksanakan tugas demi agama, bangsa dan negara.

Wassalam.

hmins said...

Assalamuaikum,
Tahniah dan selamat bertugas..

hmins said...

Assalamualikum. Tahniah dan selamat maju jaya.

cerita yang kot2 anda teringin nak baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...