Sunday, March 11, 2012

in person Tan Sri Datuk Seri Pandikar Amin Mulia



LOP_2558
In Person Tan Sri Datuk Seri Pandikar Amin Hj Mulia.

jam 11.30 am saya sudah terpacak di hadapan masjidilharam. Saya menyaksikan begitu ramai orang berpusu-pusu menuju ke dalam 'Kota alHaram'. Turki, mesir, malaysia, dan pelbagai negara arab sudah berebut untuk masuk ke dalam Masjid. Saya teragak-agak. Bagaimana ingin masuk. Sudahlah panas. Akhirnya apabila saya tiba di pintu masjid, kelihatannya kami sudah terhalang oleh jemaah wanita yang telahpun duduk di depan pintu masuk. Sekaligus menghalang keinginan saya untuk menyaksikan Kaabah. Berfikir sejenak, saya terus pusing balik menuju ke Safwah Royale Orchid melawan arus. Saya bercadang untuk solat di tingkat MP iaitu Musolla yang telah dibina di tingkat bawah hotel. Lebih selesa. Yelah, nak solat jumaat pun, nak juga selesa. Buat apa solat konon nak duduk depan kaabah tapi seksa dunia akhirat. Baik saya bagi peluang pada orang lain yang datang dari jauh untuk menunaikan solat di dalamnya.

Perjalanan diatur dengan perlahan dan teratur. Melawan arus manusia yang berpusu-pusu ke arah Kaabah. Saya tiba di tingkat atas musolla. Tenang dan tiada orang. Mungkin orang fikir pahala kurang solat di sini. Tak apalah. Masing-masing dengan pandangan mereka. Saya tiba ke dalam musolla dan solat tahiyyatulmasjid kerana mengikut guru saya, Tuan Bad, penghormatan untuk masjid ialah solat sunat. Penghormatan untuk masjidilharam ialah tawaf sunat dan penghormatan untuk makkah ialah menunaikan umrah kepada mereka yang ingin melakukannya. Terima kasih ustaz. Bagi saya, dia adalah seorang anak muda yang sangat dedikasi dengan pelajarannya. Banyak sudah perkara keilmuan yang saya ceduk daripadanya walaupun dia masih sangat muda daripada saya. Apa ada pada umur. Tua-tua pun kalau tak menerima hidayah daripada Allah dan susah nak mendengar perkara keagamaan serta masih lagi selesa dengan perkara bidaah yang dilakukan, tak guna juga. Hidup ini mengenai matlamat akhirat. Itu tujuan dihidupkan. Iaitu, mengerjakan amal ibadat mengikut kehendak yang telah digariskan oleh Allah melalui NabiNya Rasulullah S.A.W. Kita perlu jugak check balance diri kita. Adakah kita yakin yang kita berada di jalan yang benar? berada di jalan mengikut kehendak syariat Allah atau pun masih berada di jalan yang terseleweng namun menyangka kita orang yang benar? masih tidak mahu berpindah kepada perkara kebenaran hanya kerana nenek moyang kita mengikut jalan itu. Hijrah beb. Hijrah. Toksah duk merasa selesa sangat dengan diri sendiri yang sedikit pun tidak melakukan kajian dan pembelajaran mengenai pengetahuan agama. Kita merasa cukup kita beramal ibadat pada hari ini dan yakin dengan pegangan agama dari seorang ustaz, maka kita telahpun bersedia untuk ke syurga Ilahi. Hohoho. Saya pun tak bagus, tapi saya cuba untuk melihat dunia agama dalam pelbagai sudut dan pandangan. Insya allah, saya yakin anda juga pasti akan dapat melihat perkara lurus dalam agama kita. Insya allah.

IMG_1798


Berbalik kepada peristiwa saya berada di dalam Musolla Safwah itu tadi. Saya duduk di tepi tingkap. Itu memang perangai saya jika bersolat di dalam musolla ini. Saya pasti akan menuju di tepi tingkap besar menghala ke jalan Ajyad itu. Pemandangan luas dan cahaya terang cukup menggamit jiwa saya dan mendamaikan. Dari aras tingkap, saya dapat melihat manusia masih lagi menuju ke Masjidilharam walaupun sebahagian daripada mereka tahu yang masa ini masjdilharam sudah penuh dan tepu. Mereka berpegang kuat pada takdir. Allah akan menetapkan di mana jua tempat dan rezeki mereka untuk solat. Usai solat sunat, saya duduk terpaku melihat alQuran. Kelip-kelip saya melihat mashaf itu. Di tepi saya, seorang lelaki tua sedang tekun membaca alQuran. Sangat ralit dan sangat teliti dengan menyentuh mashaf perlahan-lahan ibarat belaian seorang ibu yang mengasihi anaknya. Subhanallah. Tenang betul view seperti ini. Saya berkira-kira nak snap gambar dia sahaja. Maklumlah otak photographer ni bukan boleh kira sangat waktu alim ke waktu rock ke yang penting dapat moment terbaik sahaja. haha. Asyik nak petik iphone 4s ni, dia berpaling. Alamak.. Buat-buat bodoh lerr. Snap dan konon-konon sedang baiki telefon. Biarlah dia..Takkan dia nak saman saya ambil gambar dia.

Seketika, saya berat-berat hati mengambil alQuran juga. AlQuran berwarna hijau itu saya belek. Dari satu muka ke satu muka. Saya sentuhnya dan saya merasakan satu perkara yang saya tak dapat alami ketika saya membelek alQuran digital di dalam iphone 4 s saya yang konon dah terlalu canggih itu! Ia adalah 'Ritual'. Teringat kata-kata Tan Sri Pandikar Amin kepada saya ketika kami dalam perjalanan ke Ja'raanah. Sedih melihat segala keruntuhan yang dilakukan oleh Saudi, beliau bersuara. 

"Ia bukanlah bermakna kita tidak perlu menjaga perkara-perkara sejarah dan kesan tinggalan Nabi. Tapi itu adalah satu bukti buat anak dan tinggalan kita nanti. Mengenai perluasan masjidilharam, saya tiada ragu padanya. Ia untuk maslahat ummat. Namun bagi tempat-tempat yang lain, mengapa tiada yang memeliharanya? Sedangkan ini adalah tempat tumpuan seluruh umat manusia? Cuba beritakan pada saya, mana satu tandas di dalam Saudi ini yang bersih? sekalipun kita ke Tanaim, tandasnya aku tak selera untuk masuk. Ya Allah. Mengapa manusia ini tak terfikir tentang perkara sebegini? Kebersihan bukankah termasuk juga dalam ajaran Islam kita?"


IMG_1804


Saya diam sambil menganggukkan kepala tanda setuju dengan apa yang diutarakannya. Kita boleh sahaja menonton Kaabah melalui kaca televisyen. Kita boleh sahaja melihat kota Makkah dengan gambar-gambar yang saya ambil. Perkara yang sama sahaja bukan? Tapi, adakah sama kita melihat Kaabah dengan mata kepala kita sendiri dengan Kaabah yang kita tonton di dalam televisyen? Sudah tentu tidak sama. Saya tak tahu apa namanya. Ritual mungkin? Ia adalah satu perkara yang berlainan menyaksikan sendiri di hadapan mata dengan menontonnya di dalam foto atau video. Kita pegang kaabah, kita tawaf di sekelilingnya. Kita cium hajaratul aswad. Satu pengalaman yang tak dapat dikongsi melalui gambar. Kita menyaksikan suasana perebutan, kesesakan, hiruk-pikuk manusia bertasbih, bertahmid dan bertahlil kepada Allah. Keindahan langit yang memayungi Kaabah dan Masjidilharam.. Itu semua hanya mereka yang mengalami sendiri sahaja yang tahu keindahan perkara itu. Ia sukar diungkapkan dengan kata-kata mahupun tulisan.

Dengan yang demikianlah, saya pernah menyentuh dalam entri-entri yang lepas, kaabah itu diwujudkan. Ia sebagai simbol bagi menguatkan keyakinan hati manusia yang tersangat lemah ini. Kita bukan menyembah batu itu. Kita menyembah Allah. Tapi batu itu sebagai tempat penyatuan. Sebagai lambang dan syariat yang diturunkan oleh Allah kepada kita. Sekalipun kaabah tiada di situ, tempat sujud kita tetap berkiblat di situ. Bukan kerana semata-mata kaabah berada di situ.

Ia bakal menambahkan iman. Bakal membuatkan kita merasakan pencipta kita berada hampir dengan kita. Banyak perkara yang dikongsikan oleh Tan Sri kepada saya membuatkan saya membuka mata..
...
saya akan sambung cerita lagi tahun hadapan. :)


cerita yang kot2 anda teringin nak baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...