![]() | ||
| Seorang lelaki dalam lingkungan 50-an sedang melakukan senaman berjalan setelah 2 tahun dalam percubaan untuk pulih daripada penyakit strok. Dia adalah ayah saya. |
Sinopsis
Saya kini telah kembali ke Malaysia lebih kurang 2 bulan. Pelbagai pengalaman dan fenomena telah saya temui kini. Tujuan utama saya balik adalah untuk dia. Ya! Dia yang di dalam gambar di atas itu. Setelah 2 tahun dia menderita penyakit strok di sebelah kiri, saya kini dapat berkhidmat kepadanya walaupun tidak sempurna. Inilah sahaja peluang saya untuk membalas segala jasa beliau kepada saya. Jika dihitung dengan wang ringgit, saya tak mampu membalasnya.
Kerjaya
Mungkin ramai tertanya-tanya apa kerja saya sekarang? Saya ada pergi temuduga di Parlimen baru-baru ini sebagai pegawai penyelidik. Namun, rezeki menemukan saya kepada UnisZA. Saya kini berkhidmat sebagai pensyarah sambilan mengajar bahasa arab kepada pelajar diploma di sana. 5 minit sahaja daripada rumah!
Cita-cita
Saya bercita-cita besar. Apa yang saya cita-citakan biarlah saya sahaja yang mengetahui. Anda tahupun nak buat apa. :-) Sekarang saya sedang mengejar cita-cita saya ini selangkah demi selangkah. Jalan sudah ada, cuma memerlukan bekal untuk berjalan di atasnya.
Buku A Glimpse Of Makkah
Sebuah buku yang dicanang-canangkan penerbitannya. Saya telah pun membuat ISBN dan kini dalam proses untuk pengeditan kali terakhir. Insya allah akan diterbitkan sebelum bulan haji bermula!
Keluarga
Semua sihat dan baik-baik sahaja. Si waseem telahpun memulakan sekolah di tadika yayasan di tepi rumah. Si Naseem sudah mula bercakap secara pelat. Si Basmah telah pun mempunyai 4 batang gigi.
Pengalaman dahulu dan kini
Sangat berbeza! Pengalaman berurusan dengan arab dan berurusan dengan melayu. Banyak pro dan kontra. Bukan tidak rindu Makkah dan Saudi. Tapi belum mencapai tahap maksimum. Pelan-pelan.
Fotografi
Masih lagi meneruskan seperti dahulu. Cuma agak kurang aktif. Saya mendapat beberapa projek mega yang saya rasakan bakal membuatkan saya tak cukup tidor. Tapi saya bersederhana dalam kebanyakan perkara.
Konklusi
Saya gembira berada di Malaysia dan berbakti kepada keluarga!
