Wednesday, May 15, 2013

A Glimpse Of Makkah sudah terbit!!!

Lama dahulu, sebelum merdeka. Saya pernah bersembang dengan salah seorang bekas majikan saya di sebuah rumah di Kota Makkah. Angin laut merah perlahan-lahan menyapa muka kami yang sedang berehat di sutuh (bahasa arab 102 yang bermaksud rooftop) selepas sajian makan malam. Ibrahim yang masak makanan tu tadi. sedap. agaknya dia letak daging lembu lebih. maklumlah baru lepas sembelih dam. ada rezeki lebih dia tu gamaknya. Perlahan-lahan bos saya menegur saya yang sedari dari tadi tersengih-sengih di tepi beliau.

"ko nak jadi apa lepas ni?"
"saya ingat nak sambung belajar bos" jawab saya bebaik.

"sambung bidang apa?" tanya bos saya.
"saya tak pasti. tapi saya pasti yang saya akan sambung bidang fotojurnalis. Orang cakap masuk bidang komunikasi ada belajar bab fotojurnalis. Saya memang minat abes bab tu." jawab saya bebaik dan jujur.

"eh. apahal pulak nko ni. mengarutlah. pikir elok-elok. kenapa nak sambung bidang fotojurnalis pulak. ko sambunglah bidang hadis ke, usuludin ke, syariah ke dah line ko bidang agama." jujur bos saya memberikan pandangan selaku orang tua.

"err.. tak boleh ke?" jawab saya bebaik dan tulus.

sejak dari perbualan itu, saya menanam azam dan minat terhadap fotojurnalis. saya tahu, banyak yang saya perlu belajar. saya sambung belajar lagi dalam bidang syariah selepas ijazah bahasa arab. dalam masa yang sama, saya bekerja dan ambil peluang menetap di Kota Makkah serta abadikannya di dalam hard disk saya. Ketika belajar di dalam kelas syariah, saya tetap saya rasa cinta terhadap perkara yang memerlukan anda bawa kamera, lens besar-besar dan rakam sambil berlari terkejar-kejar sesuatu bahan berita. wow! sangat mengujakan. Itu saya rasa minat saya. Lagi best kalau kena kejar dengan polis sambil dapat rakam polis tu kejar kita. Pheww. Itu perasaan takleh nak cerita kat kedai mamaklah. 2 hari tak habis cerita.

Semuanya saya simpan tegar dalam memori dan hasilnya, saya telah menceritakan serba sedikit intro tersebut di dalam buku A Glimpse Of Makkah - AGOM saya. Buku ini hanya semata-mata buku photography. Takde pun cerita perihal peribadi saya kecuali sedikit. Ia adalah satu permulaan yang sangat besar bagi saya untuk menuju ke hadapan. Banyak lagi projek dalam kepala nih.

Hari ini, saya telah menggapai sedikit sebanyak impian saya. Jika 900 tahun dahulu, saya sentiasa bertanyakan "bilalah 'SIGNATURE' aku ni nak jadi mahal?" kini ia terjawab kerana anda perlu hadiahkan saya RM120 terlebih dahulu sebelum saya hadiahkan anda buku saya beserta signature klakar saya ini :p oke. sambung kerja!

credit to Pn Najwa Abdul Rahman utk photo hensem ini.

9 comments:

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

hehe.. akhirnya.

kali ke bape kali entah.

TOLONG SIMPAN SEBIJIK.

gaji saya terus transfer duit. kuang kuang kuang.

eh jangan lupa sign. kikiki ;)

MounLike said...

Assalam...

MasyaAllah~!!
Mane boleh dapat buku nie??

Uncle said...

tahniah...

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

KHM : sudah hantarrrr.. :)

Moun : salam..

1.Harga seunit buku ialah RM120 termasuk penghantaran di semenanjung Malaysia.
2. Bayaran adalah melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad BIMB : 0207 50100 40203 WANABA ENTERPRISE
3.Nanti dah masukkan, mohon msg saya di nombor +60 19 946 7546 (NAJWA) untuk tujuan pengesahan (SILA NYATAKAN NAMA DAN AMAUN YANG DIMASUKKAN)
4. Sertakan resit bayaran samada melalui MMS/WHATSAPP/MSG/EMAIL ke talian @ email yang tertera.
5. Ketika terima, mohon ambil gambar anda bersama-sama buku tersebut dan hantarkan ke email kamitaken@gmail.com untuk tujuan sokongan dan pengiklanan. (OPTIONAL)
6. Saya amat berbangga dan terharu di atas sokongan yang anda berikan kepada saya. Jazakumullah.


Uncle : terima kasihh.. dah lama tak berblog.. hehehe. tabik pada uncle yang sentiasa maintain :)

amyn said...

salam.ada lg tak bukunya?

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

amyn : insya allah dalam masa seminggu, buku akan ada stok. :)

amyn said...

tolong simpan beku sebuah. :)

sismieza said...

Salam, ada lg bukunya tuan?

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

siamieza : ada lagi. boleh order.. email me : kamitaken@gmail.com

cerita yang kot2 anda teringin nak baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...