pengikut-pengikut yang menawan

Monday, July 8, 2013

Tajuk istimewa Ramadhan sahaja. Edisi terhad “Konvesyen Usahawan Muslim 2013″

Jam menunjukkan waktu 2.56 pagi. Saya baru sahaja pulang berjumpa rakan-rakan lama dari sebuah kedai di kawasan perumahan saya. Banyak topik yang diperbincangkan. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar masalah. Penat ada. Namun, perasaan ingin tahu itu yang membatasi segala-galanya. 7,8,9,10 gelas jugak bersilih ganti. Dahulu, saya tak berkesempatan untuk mengecapi perkara tersebut. Kini, ianya sama sekali berubah. Kerana apa? nanti saya cerita kat bawah.

Pulang ke rumah, saya mendapati laptop masih belum tertutup. Saya membelek skrin dan ternampak iklan Konvensyen Usahawan Muslim di http://www.konvensyenusahawanmuslim.com. Saya baca sekali lagi. Konvensyen dan bukan konvokesyen. Wah! Menarik nih.. Bisik hati kecil saya sambil mata tak lepas pandang ke arah skrin yang memutih.

Apa yang menarik kerana 2 sebab. Pertama, kerana saya ingin mengasah bakat saya dalam bidang penulisan blog yang telah lama saya tinggalkan. Sekurang-kurangnya, ada perkara baru yang boleh saya utarakan di dalam blog saya. Takdelah ketinggalan zaman sangat. Kedua, kerana saya nampak ada 'duit raya'! Itu antara tarikan utama. 

Setelah saya membuka website Konvensyen Usahawan Muslim, saya membaca satu persatu nama speaker yang mempunyai gambarnya di situ. Saya hanya mengenali beberapa orang sahaja. Ikhlas cakap, yang pernah saya jumpa depan-depan adalah Dato' Nadzim Johan, pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ketika kami sama-sama mesyuarat di JAKIM beberapa bulan yang lalu. Saya berada di sana atas tiket setiausaha Sekretariat Ulama~Umara' (UMUM). Beliau saya lihat begitu lantang memperjuangkan isu 'along' yang menyerang sebuah pertubuhan anak yatim yang dikatakan meminjam wang daripada mereka. Kagum betul saya dengan Dato'. Tapi mungkin Dato' Nadzim tak perasan saya sebab saya berada jauh daripada beliau dan saya datang lambat!

Speaker yang lain, saya hanya mengenali mereka daripada sheikhul google dan tv. 

Apa yang saya nak cerita sebenarnya? 

....

....

Penulis bersama founder Rumah Prihatin (RPWP)  ketika di Jabatan Perdana Menteri. Masa ini masih belum menceburi bidang perniagaan. Masih gigih taat kepada majikan. Gambar ihsan Saiful Nang.


Ok, melalui pengamatan saya, saya mendapati perlunya satu kelompok usahawan muslim dibangunkan secara besar-besaran dan menyeluruh. Kini, ramai orang memperlekehkan usahawan muslim yang dikatakan hanya menguasai sebahagian kekayaan di atas muka bumi ini. Kata orang Islam hebat. Tapi, mereka hanyalah golongan minoriti di dalam ilmu perniagaan dan juga alam perniagaan itu sendiri. Adakah Islam mengajar kita hanya 'ala kadar' dalam pencapaian hidup? 

Beberapa minggu yang lepas, saya berpeluang ke parlimen semasa sesi pertama parlimen dibuka. Saya ke sana atas urusan kerja yang perlu saya hadiri. Jika tidak, takkan saja-saja saya makan angin di parlimen di kala manusia lain saya nampak banyak berbaring atas jalan dalam kesamaran jerebu. Saya berkesempatan bersembang dengan seorang non-muslim yang juga datang atas urusan kerjanya di sana. Kami rancak berbual dari satu topik kepada satu topik yang lain bagi mengisi masa lapang menunggu orang yang kami janjikan tidak kunjung tiba. Sampai kepada satu topik, beliau mengutarakan bahawa kebanyakan orang Islam ini tak bersungguh dalam mengusahakan perniagaan. Saya bertanyakan beliau apa maksudnya? Beliau menjawab dengan penuh kesungguhan dan kerut muka yang yakin bahawa orang Islam ini suka bersederhana. "Cukuplah rezeki aku pada kali ini. Syukuuuurr. Kemudian sudah malas berusaha" sebut beliau tepat di hadapan muka saya. Saya terdiam dan menganggukkan kepala tanda memahami.

Jika saya berumur 20 tahun, mungkin beliau saya tumbuk. Tapi, saya berumur 30 tahun dan menumbuk adalah tindakan yang tidak wajar. Lagipun, apa yang diperkatakannya ada juga kebenaran. Di dalam Islam sendiri ada anjuran untuk memperkuatkan diri dengan kekayaan yang mana akan memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri malahan orang lain. Seperti mana mafhum sabda Rasulullah S.A.W :

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.” 

(Riwayat al-Bukhari)

Daripada maksud hadis di atas, dapatlah kita fahami bahawa, sudah pasti kekayaan yang berlimpah-ruah tidak akan terhasil dengan sendiri dari langit. Ia mesti diusahakan dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai status 'kekayaan melimpah-ruah'. Pelbagai aspek perniagaan perlu kita lihat untuk memenuhi kriteria 'kekayaan melimpah-ruah' itu tadi. Pada hari ini, definisi kaya itu masih lagi diperbahaskan. Sebahagian orang merasa kaya ketika mempunyai wang sebanyak 10 juta ringgit. Sedangkan sebahagian yang lain merasa tidak kaya walaupun sudah memiliki wang 10 juta ringgit. Menurut majalah Forbes kaya adalah orang yang mempunyai penghasilan 1 juta US ke atas setahunnya. Sedangkan menurut Robert T. Kiyosaki yang mempelajari daripada gurunya Buckminster Fuller bahawa definisi kaya itu adalah bukan berapa besar pendapatan aktif anda akan tetapi kaya adalah apabila pendapatan pasif lebih besar dari sara hidup. 

Maka, kita dapat melihat bahawa kekayaan yang disebutkan oleh Rasulullah SAW itu tadi adalah satu kekayaan yang bukan sahaja runcit-runcit tetapi melalui proses yang panjang dan menghasilkan hasil yang membolehkan kita membelanjakannya di jalan yang diredhai oleh Allah bagi membantu mereka yang lain. Itulah kekayaan yang perlu kita kecapi dalam memperkasakan dana umat Islam di dunia ini. Saya sangat terkesan dengan kata-kata non muslim itu tadi dan saya ulang banyak kali di dalam fikiran saya agar saya tidak lupa. Saya bertekad untuk membuktikan sesuatu kepada beliau. Nombor henpon pun saya masih simpan lagi. Jangan bimbang.

Oleh sebab itu juga, saya telah meletak jawatan dan kini sedang berusaha dalam bidang perniagaan yang saya rasakan sangat luas dunianya. Ia ibarat lautan yang dalam dan saya baru sahaja mendapat lesen diving open water. Masih belum tahu lagi apa jenis hidupan yang berada di dalamnya!

Fuh. Asalnya saya hanya merancang untuk menulis sikit sahaja, tapi bila ilham dah datang bertandang, panjang pula celoteh saya. Wallahualam. Semoga penulisan ini memberikan manfaat dan saya dapat duit raya ya wahai para juri! :-)

p/s : saya memang betul ada lesen diving. Tak tipu! 




Datuk Nadzim Johan
Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM - See more at: http://www.konvensyenusahawanmuslim.com/speaker/#sthash.5k8joUE2.dpuf
Datuk Nadzim Johan
Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM - See more at: http://www.konvensyenusahawanmuslim.com/speaker/#sthash.5k8joUE2.dpuf

10 comments:

Marvic .. said...

Nak manager tak? Aku offer diri...hahaha

AaSafiudin said...

Alhamdulillah syukur.

Bernas dan satu perkongsian yang baik untuk membuka minta semua usahawan muslim.

Semoga Allah permudahkan, amin.

AaSafiudin said...

Alhamdulillah syukur.

Bernas dan satu perkongsian yang terbaik dan boleh dijadikan motivasi kepada semua usahawan muslim.



geraugebang said...

Alhamdulillah...berkongsi perniagaan dengan Tuan Saiful Nang kah Tuan Lutfi...Moga perniagaan anda diberkati Allah

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Well said sahabat ....semua yg ko tulis ada betulnya ..begitu juga kata rakan non muslim itu ...lama tak singgah blog hang ..

Selamat berpuasa Lutfi ...

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

marvic : ko nak jadi meneger apa? takdak. takdak.

Aasafiudin : semoga lebih ramai usahawan muslim dilahirkan..

geraugebang : eh.. tak berkongsi dgn dia. hehe. dia hebat.. saya menumpang sahaja :)

akmal : aku pun sama. lama tak singgah blog nko. mesti dah kurus kering skarang ni kan? kuat kayuh basikal.. hehehe.. selamat berpuasa juga!

Violet Sofia said...

Wahh... Kreatifnya! Nak jugak join contest tuuu... tapi takde idea lagi nak wat entry... huhu... eksaited la pulak tengok entry orang nih. ngee... Selamat berpuasa ye. ^_^

Muhamad anuar Marsib said...

Good Luck Bro.. Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang Contest ini... ;)

Mohd Amin Mohd Johar said...

@najwa,
Artikel menarik. long story.

Kami pun baru sahaja sertai Cabaran ini...
Sekadar mencari kenalan blogger baru..
Selamat berkenalan.

Jemput terjah pula di artikel kami.

Ikhlas,

Amin Johar
Webmaster
PAKAR NIAGA

Mohd Shubhi Abdul said...

Baik penulisan saudara. Seronok membacanya. Menulislah kerap sikit...! TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...