pengikut-pengikut yang menawan

Tuesday, January 1, 2013

Saudi Arabia.. Im Back!


Ini adalah gambar shawarma. Banyak orang Malaysia panggil 'kebab'. Tapi nama sebenarnya adalah shawarma. Best. Makan dengan shattah dan makan panas2 ketika musim sejuk. 

Payung di Masjid Nabawi dibuka selepas subuh. Teknologi Germany yang diusahakan oleh rakyat Malaysia. 
 
Melepak di pagi hari di dataran Masjid Nabawi.

Menara Masjid Nabawi. Lens 10-24 Tamron.

Panorama view dari Perkuburan Baqe'. 

Perkuburan Baqe' yang menempatkan para sahabat Rasulullah S.A.W

Langit yang membiru dan awan yang memutih.

Kami tiba di Kota Madinah kira-kira jam 10.30 malam. Entah jam berapa bajet sampai saya pun tak tahu. Saya masih berkira-kira macam mana rupanya Saudi ini setelah 7 bulan saya tinggalkan.  Saya tidak menyangka sama sekali yang saya akan secepat ini datang kembali ke Tanah Suci. Alhamdulillah. Perencanaan Allah sangat hebat. Tak terfikir bagaimana kesinambungannya dan kesignifikannya. 

Kami tiba dengan penerbangan SV 832. Sejuk suasana malam di sini. Kami seterusnya menuju ke kaunter imigresen. Alhamdulillah. senang dan mudah. Seterusnya ke Hotel. Kami menginap di Hotel Holiday Villa. Makan sedap. 

Oke, apa yang saya janjikan dalam fesbuk ialah saya akan ceritakan mengenai kemisterian yang saya alami ketika di Madinah...  Nanti sambung arr. nak makan nasi dulu. :-p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...