pengikut-pengikut yang menawan

Naseem Lutfi

Seorang anak gadis yang masih kecil. Berumur 1 tahun lebih-lebih. Sangat petah menangis dan boleh tahan juga kalau nak suruh orang dukung.

Mempunyai perawakan yang cantik seperti ibunya najwa abd rahman walaupun rambutnya tak turun jatuh ke bawah sebab mempunyai 3 pusar di kepala!

Suka menyakat si abang waseem lutfi kerana abang sangat manja berbanding dengan dirinya. Kadang-kadang dia mampu menarik rambut abang dan abang akan menangis walaupun perbezaan umur mereka hampir 3 tahun!

Jika demam, hanya membawanya ke supermarket atau kedai jualan pakaian, maka demam akan menyusut dan dia akan diam sambil memerhati. Juga menurun bakat emaknya. 

Dilahirkan di Poliklinik ar Rahmah, Rusaifah, Makkah. Mempunyai kisah cerita yang unik terhadap nombor 9 ketika kelahiran dan dilahirkan tidak cukup 9 bulan. Anda boleh mencarinya di dalam entri-entri lama di belog ini.

Untuk menghubunginya, anda bolehlah mengemailkan kepada bapanya di kamitaken@gmail.com. Maklumlah, anak dara saya masih kecil dan perlu ditapis dahulu siapa yang mengutus surat kepadanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...