Waseem Lutfi



Seorang jejaka berumur hampir 5 tahun. Sangat petah bercakap dalam 4 bahasa utama dunia. Bahasa arab, bahasa melayu, bahasa kedah dan bahasa terengganu. Jika perlawanan akhir piala FA berlangsung antara kedah dan terengganu, beliau mungkin akan terkeliru untuk menyokong pasukan mana.

Berasal dan dilahirkan di Hospital As Salam, Jabal Nur, Makkah. Dikatakan mempunyai watak ceria seperti bapanya Lutfi Lokman. Antara perkara pintar yang dilakukan ketika kecil adalah gemar bermain masak-masak dan sangat menyayangi mainan masak-masaknya. Beliau akan ingat segala pesanan ibunya Najwa Abd Rahman ketika ingin kebiqalah (kedai runcit) supaya tidak membeli coklat atau hanya membeli satu perkara sahaja dan bukan dua perkara. 

Antara perkara paling berani pernah dilakukannya ialah berkhatan ketika berumur 4 tahun. Bapaknya pun umur 9 tahun baru berani. Mungkin dia akan cepat dewasa jika berkhatan awal. Namun, satu perkara yang dia masih ingin menuntut dari bapanya ialah janji untuk membawanya ke pantai jika dia sembuh selepas berkhatan.

Berkebolehan dalam menyembunyikan makanan atau minuman yang bakal dimarahi jika dibeli di biqalah. Pastinya, dia akan menyembunyikan di luar rumah sebelum kena tangkap dengan bapanya yang lagi pintar daripada beliau. Budak-budak betul. 

Untuk pertanyaan lanjut mengenai jejaka ini, sila hubungi bapanya di kamitaken@gmail.com kerana dia masih lagi tak tahu nak membaca bahasa melayu.

cerita yang kot2 anda teringin nak baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...